Grab RM10 OFF With Code: HELLOJT & Get FREE Shipping On Orders Above RM199 (Malaysia Only) *T&Cs Apply
icon-search
icon-search

Campsite Sungai Pertak

Campsite Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu 


IMG20190206101350.jpg

Campsite Sungai Pertak terletak di Kuala Kubu Bharu. Tempat memang best. Sungai bersih dan cantik. Sangat sesuai kalau nak lari dari kesibukan kota. Ada 2 campsite. Campsite 1, campsite disepanjang sungai sebelum jambatan gantung. Campsite 2, dalam 100-150 meter selepas jambatan gantung, berdekatan jambatan senget. Campsite 2, kena trekking ke dalam, 100-150 meter atau boleh naik 4WD sampai campsite.


IMG_20190205_191041.jpg


Kemudahan:


❌Toilet tiada, sepenuhnya guna Sungai 
❌Surau tiada, solat dekat khemah jer
✅Gerai ada, orang asli berniaga. Disepanjang jalan nak masuk campsite, ada satu je gerai. Gerai jual air, benda-benda ringan macamtu jer. Dorang tutup jam 5petang.
Kalau nak camping dekat sini, kena bawak peralatan lengkap. Kalau tak, kena keluar bandar KKB la. Agak jauh juga 


Kos Camping di Pertak:


✅Bayaran masuk Parking RM1/seorang
✅Bayaran tapak khemah RM30/sehari untuk 1 khemah (Campsite 1)
✅Bayaran tapak khemah RM5/seorang (Campsite 2)
Actualy kalau taknak bercamping pun kena bayar. Kena caj untuk berkelah / memancing. Untuk lebih info, korang tanya owner 🙂


Booking Tapak:


Kalau nak booking tapak, boleh call/WhatsApp di nombor berikut


✅Campsite 1: Kak Zah wasap.my/60193548958
✅Campsite 2: Kak Chik/Rose wasap.my/60192035687 / Abak wasap.my/60196451696
Walk-in pun boleh sebenarnya, tapi nanti pandai-pandaila cari tempat. Kalau ramai takut full 🙂


Internet Coverage


✅Celcom
✅DiGi 
❌UMobile


Okla, tu je nak share!
Selamat bercamping 😀


BLOG: http://www.astraveller.com/2018/09/sungai-pertak-campsite.html



Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.